Wednesday 7 March 2012

PKNS Sedia Dana RM3 Juta Bantu Peniaga


Shah Alam, 13 Januari 2011:  Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), hari ini mengumumkan dana sebanyak RM3 juta bagi membantu peniaga meningkatkan daya saing.
Pengurus Besar PKNS Othman Omar berkata dana itu akan disalurkan menerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) secara berperingkat kepada mana-mana peniaga yang mengalami kerugian bagi tempoh enam bulan lalu.

“Sejak dari awal penubuhannya sehingga kini PKNS tidak pernah lari dari tanggungjawab dan matlamat asal penubuhannya itu. Biarpun di bawah pentadbiran baru ini pelbagai perubahan sedang cuba diperkenalkan, namun pucuk pangkalnya adalah untuk terus menyumbang ke arah pembangunan dan kemakmuran negeri Selangor di samping membela golongan yang memerlukan,” kata Othman.

Othman berkata pihaknya juga komited mencari penyelesaian terbaik dengan peniaga berkenaan isu kenaikan sewa baru-baru ini.

Kompleks PKNS

“Kami sentiasa memastikan wujudnya dialog antara PKNS dan peniaga. Malangnya, isu tersebut kini berada di peringkat mahkamah dan kami akan menghormati segala keputusan yang akan diumumkan hujung bulan ini,” katanya lagi.

Tambahnya lagi selain memperkenalkan dana itu, pihak pengurusan PKNS juga akan melaburkan hampir RM8 juta kepada usaha penambahbaikan Kompleks PKNS termasuk penyediaan sebuah gelanggang futsal di tingkat empat kompleks berkenaan.

“Kebelakangan ini banyak isu kedengaran membabitkan perancangan baru yang (omit) untuk Kompleks PKNS. Antaranya usaha PKNS untuk meningkatkan daya saing dan memberi nafas baru kepada 400 peniaga yang menyewa di dalam kompleks perniagaan itu. Apabila segala perancangan terbabit mengambil tempat, PKNS menjangka akan dapat menarik 30% lebih ramai pengunjung ke kompleks perniagaan ini dan sekaligus meningkatkan pendapatan peniaga di sini.” (Pada 2011 lebih 10 juta pengunjung, dan dengan proses penambahbaikan, dianggarkan peningkatan kepada 13 juta pengunjung pada 2012).

Selain dana tersebut, PKNS akan juga mempertingkatkan program-program usahawan seperti mengadakan bengkel strategi pemasaran, penjenamaan atau branding serta asas perakaunan kepada semua peniaga.

Rata-rata peniaga pula mengalu-alukan inisiatif PKNS itu yang menurut mereka bertepatan dengan keperluan semasa peniaga berkenaan.

“Dana ini sudah pasti akan membantu peniaga sederhana seperti saya terutamanya apabila keadaan peniagaan masa sekarang yang lebih kompetitif. Apa yang penting apabila kita mendapat bantuan dan sokongan seperti ini, kita dapat tarik lebih ramai pengunjung sekaligus tingkatkan hasil pendapatan ,” kata Sharina yang menjalankan perniagaan di tingkat satu kompleks berkenaan.

No comments:

Post a Comment