Monday 19 March 2012

Pembeli terima kunci Kristal ldaman, Berita Harian, 17 March 2012

Projek berprestij PKNS penuhi cita rasa pengguna bandar

Projek Kristal Idaman di Seksyen 7, di sini, menempatkan 22 unit kediaman berkembar eksklusif, mula menjengah pasaran pada Oktober 2010 dan tanpa menunggu lama, pemiliknya menerima kunci kediaman dalam satu majlis penyerahan hari ini.
 
Serentak itu, satu majlis kesyukuran dan doa selamat diadakan bagi menghargai pembeli Kristal Idaman, yang disempurnakan oleh Kontroler Pembangunan Wilayah Utar PKNS, Siti Zubaidah Abd Jabar. Projek di tapak seluas hampir 1.2 hektar itu dibangunkan dengan konsep bina dan jual bagi memenuhi cita rasa pembeli bandan.
 
Pemajunya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak mengambil masa lama untuk menjual semua 22 unit kediaman berkembar mewah tiga tingkat bernilai hampir RM1.3 juta seunit itu.
 
Terletak di lokasi strategik, Kristal Idaman dikelilingi kawasan kejiranan berprestij, menjadikannya lebih eksklusif dan privasi. Kediaman berkonsep moden kontemporari itu menekankan reka bentuk inovatif, ruang luas dan praktikal.
 
Lantaran itu, ia begitu sesuai bag mereka yang inginkan gaya hidup yang lengkap dan moden.
 
Pembeli Mohamed Nazeem Md Maidin, 36, berkata beliau memilih untuk memiliki sebuah unit Kristal Idaman itu kerana yakin dengan pemajunya, PKNS yang mempunyai rekod baik dalam pembangunan pelbagai jenis hartanah termasuk kediaman mewah.
 
"Tambahan lagi PKNS boleh dipercayai dan setakat ini tiada projeknya yang terbengkalai," katanya. 

Mohamed Nazeem yang tidak sabar untuk berpindah ke kediaman baru bersama keluarganya juga memilih Kristal Idaman kerana ia terletak di lokasi strategik dan berdekatan pusat komersil.
 
Beliau juga yakin nilai hartanah di situ pasti meningkat.
 
"Kalau boleh saya hendak memiliki satu lagi kediaman yang dibangunkan PKNS disebabkan faktor harganya yang berpatutan, produk berkualiti dan mudah berurusan dengan pejabat jualan," katanya sambil menambah Kristal Idaman adalah produk PKNS kedua dibelinya.
 
Projek Kristal Idaman juga mencapai tahap pencapaian 'Qlassic' (Quality Assessment System In Construction) tertinggi bagi projek PKNS dalam tempoh penilaian dari Januari hingga Jun 2011.
 
Pencapaian kualiti binaan itu dinilai berdasarkan kerja arkitek, kerja luaran serta pemasangan peralatan mekanikal dan elektrikal.
 
PKNS, yang usianya 48 tahun dikenali sebagai pemaju yang sudah membangunkan 11 bandar baru di Selangor iaitu Petaling Jaya, Shah Alam, Bangi, Kota Damansara, Kota Puteri, Ampang Hulu Kiang, Bandar Sultan Suleiman, Antara Gapi, Bernam Jaya dan Kelana Jaya.

No comments:

Post a Comment