Wednesday 7 March 2012

PKNS: Banjaria Court siap 8 bulan lebih awal


Shah Alam, 17 Januari 2012: Projek Banjaria Court di Batu Caves, Gombak mula dibuka untuk jualan pada pertengahan tahun 2009 melibatkan tiga blok iaitu Blok B1, B2 dan B3. 

Ketika itu peringkat  pembinaan keseluruhan  telah mencapai  40 peratus. Manakala sebuah lagi blok iaitu Blok A pula hanya dibuka untuk jualan mulai tahun 2010.

Sijil Layak Menduduki (CF) projek ini telah diperolehi pada 4 Januari 2012 dan urusan penyerahan kunci telah pun bermula sebaik sahaja PKNS menerima bayaran penuh harga rumah. Malahan PKNS telah pun membuat penyerahan kunci kepada mereka yang telah membayar secara tunai.

Mengikut Perjanjian Jual Beli, PKNS perlu membuat serahan kunci kepada pembeli pertama sebelum 30 September 2012 dan ingin ditegaskan bahawa tidak terdapat sebarang kelewatan tempoh penyerahan kunci seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Malahan PKNS telah berjaya menyerahkan unit, 8 bulan mendahului jadual.

PKNS sedang mempercepatkan tuntutan-tuntutan pinjaman daripada bank supaya urusan penyerahan kunci kepada pembeli dapat dibuat dengan kadar segera. PKNS berharap dengan penjelasan ini tidak timbul lagi kekeliruan atau salah tanggapan daripada mana-mana pihak berhubung perkara ini.

Banjaria Court

No comments:

Post a Comment