Thursday 20 September 2012

PKNS A rangkul gelaran zon Timur


PASUKAN PKNS A dibarisi Ahmad Aizat, Norshahruddin serta Suhaimi bersama hadiah kemenangan kategori Lelaki Terbuka di Kuala Terengganu, semalam. Turut kelihatan (dua dari kiri) Hassan, Rosniza, Wan Ahmad Farid serta Mohd. Nasir

Oleh Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusankt@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU - PKNS A menjuarai kategori Lelaki Terbuka Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2012 peringkat zon Timur selepas menewaskan pasukan Mazatech B pada perlawanan akhir di Stadium Negeri, semalam.

PKNS A yang dibarisi Ahmad Aizat Mohd. Norazmi, Norshahruddin Mad Ghani serta Suhaimi Yusof bagaimanapun dikerah dalam permainan set penentuan sebelum menang.

Juara yang dibarisi bekas pemain kebangsaan dan pelapis itu menang set pertama 15-11 tetapi tewas 10-15 kemudiannya sebelum bangkit 15-12 dalam set penentuan.

Lawan mereka menampilkan gandingan Muhammad Zulkifli Abd. Razak, Abd. Rahman Wahab dan Amirul Zazwan Amir.

Selaku juara, PKNS A membawa pulang RM2,500, trofi dan barangan cedera hati manakala Mazatech B pulang RM2,000.

Hadiah disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Hadir sama Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali, Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Noor serta Pengurus Besar Komunikasi Korporat KFC Holding, Rosniza Baharum.

Dalam pada itu, pengurus pasukan PKNS, Adnan Mohd. Harun menyifatkan kemenangan itu amat bermakna bagi pasukannya setelah gagal dalam saingan di peringkat zon Utara dan Selatan.

"Kami ucapkan terima kasih kepada pengurusan kelab sukan dan rekreasi PKNS yang beri sokongan padu sehingga kami muncul juara dan kami menunggu untuk bersaing di peringkat kebangsaan nanti," katanya.

Turut berkongsi kegembiraan, kategori Lelaki Bawah 20 apabila menyaksikan pasukan Pasta yang dianggotai oleh Md. Shami Husin, Md. Hafizudin Wahab, Md. Faiz Jalal, Rahmat Md. Jusoh Aimmullah Alwi merangkul kejuaraan apabila mengetepikan cabaran Gastep 15-11, 15-11 yang dibarisi Mohd. Farhan Norulwatan, Muhammad Afifuddin Mohd. Razali dan Mohd. Faizol Anuar.

Bagi kategori Lelaki Bawah 16 pula, SSTBN A yang dibarisi Mohd. Amirul Asyraaf Khairul Anuar,
Shahrul Azizi Abdullah dan Muhammad Azwan Muhrim memberi tentangan sengit dengan mengalahkan SMKS 11 diterajui Nor Hidayat Ar Rasyid, Muhd. Syahrudin Hafiz Zainon dan Muhd. Firdaus Zainal 16-14, 15-6.

Pasukan MSN Kelantan yang terdiri daripada gabungan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong, Bachok dan SK Alor Bakat yang dianggotai oleh Mohamad Zailani Zawawi, Mohd. Haikal Irfan Mohd. Zain, Muhamad Saifulneizan Rostam, Muhammad Rezuiwan Mohd Rozali dan Muhamad Haiqal Majid mengungguli kategori Lelaki Bawah 12 selepas menewaskan SK Seri Bandi A 15-8, 15-17,15-11 yang dibarisi Muhammad Khairi Rosli, Wan Ahmad Wan Zull Paka, Zulkifli Amirul Jusoh dan Muhammad Syafiq Adenan.

Juara kategori Lelaki Bawah 20 membawa pulang RM2,000, trofi manakala naib juara menerima RM1,500 dan sagu hati RM350 beserta trofi manakala juara bagi kategori Lelaki Bawah 16 menerima RM1,500 dan naib juara RM1,000, sagu hati RM150 beserta trofi.

Selain itu, juara bagi kategori Lelaki Bawah 12 memenangi RM1,000 dan naib juara RM500, sagu hati RM150 beserta trofi.

Sumber: Utusan Malaysia, 16 September 2012 http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20120916/su_03/PKNS-A-rangkul-gelaran--zon-Timur

Pegawai PKNS Dibekal Galaxi Tab

KUALA LUMPUR -  Pasukan Tindak Balas (RT) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengambil inisiatif untuk mewujudkan akaun di laman sosial Facebook bagi memudahkan orang ramai membuat aduan.

Pengurus Perkhidmatan Pelanggan PKNS, Mohd. Wazir Abdul Gani, 48, berkata, pengguna boleh membuat aduan dengan melayari Facebook PKNS Response Team yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai PKNS.

“Untuk tujuan ini pegawai RT PKNS dibekalkan dengan Galaxi Tab untuk membolehkan mereka menjawab segera aduan penduduk termasuk aduan yang dibuat di luar waktu pejabat,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Wazir, cadangan untuk mewujudkan laman Facebook tersebut bermula selepas pihaknya menyedari kewujudan beberapa akaun di laman sosial tersebut yang menyebarkan berita tidak tepat mengenai perkhidmatan yang dikendalikan oleh PKNS.

Mohd Wazir menambah, RT sangat menghargai aduan yang dikemukakan di laman web tersebut, bagaimanapun berharap agar pengguna tidak hanya membuat aduan kosong tanpa disertakan dengan maklumat terperinci bagi membolehkan tindakan diambil secepat mungkin.

Tambah beliau, PKNS sebelum ini pernah berhadapan dengan situasi di mana pengguna memberikan aduan secara tidak serius menyebabkan tindakan tidak dapat diambil hingga terpaksa membuat dialog bersama penduduk bagi mendapatkan gambaran sebenar masalah yang dihadapi penduduk.

“Bagaimanapun kewujudan akaun Facebook ini juga membawa lebih kebaikan apabila ada penduduk yang memuatturun gambar kerosakan sebagai bukti semasa membuat aduan,” katanya lagi.

Namun, kata beliau, pengguna yang tidak gemar menggunakan Facebook masih boleh menghubungi RT di talian bebas tol 1-800-7567 (PKNS).

Pasukan RT telah ditubuhkan pada 2010 bagi menguruskan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan rumah yang dibina oleh PKNS. Buat masa kini, pasukan tersebut mempunyai 40 anggota dan tujuh van untuk memudahkan mereka bergerak ke lokasi aduan.

Sumber: Mynewshub http://mynewshub.my/2012/06/20/pegawai-pkns-di-bekal-galaxi-tab/.

PKNS Wujud 312 JMB Di Seluruh Selangor

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menubuhkan sebanyak 312 pejabat pengurusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) di 42,000 unit pangsapuri agensi tersebut di seluruh Selangor.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, daripada jumlah pejabat tersebut, sebanyak 103 pejabat JMB  telah diserahkan kepada penduduk pangsapuri dan diuruskan sendiri oleh pemilik berdaftar.

“JMB yang lain masih di bawah tanggungan PKNS memandangkan ia masih dalam proses penyerahan selain terdapat permintaan penduduk yang mahu pemaju menguruskannya,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Ishak berkata, antara kejayaan yang diperoleh melalui JMB adalah kewujudan pusat komuniti Anjung PKNS yang yang turut menyediakan kelas ulang kaji selepas waktu sekolah kepada golongan pelajar di pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, ia selaras dengan objektif menyumbang kepada pembangunan komuniti serta modal insan melalui program pembangunan keluarga, latihan pembelajaran dan bimbingan akademik secara berterusan kepada kanak-kanak di pangsapuri terbabit.

Jelas beliau, PKNS memperuntukkan dana sebanyak RM65,000 bagi kerja-kerja membina pusat komuniti yang berkeluasan 1200 kaki persegi, selain RM40,000 semasa pusat komuniti itu mula beroperasi demi kesejahteraan penduduk. – mynewshub.my

Sumber: mynewshub http://mynewshub.my/2012/09/04/pkns-wujudkan-312-jmb-di-seluruh-selangor/.

Anjung PKNS Bantu Pelajar

Pusat Komuniti hasil kerjasama erat PKNS dan penduduk melalui JMB”
SHAH ALAM, 4 September 2012 – Jika anda ke kawasan flat kos rendah Seksyen 7 Shah Alam, jangan terkejut apabila melihat sekumpulan kanak-kanak dan remaja sekolah berlegar-legar di kaki lima blok 36 perumahan itu.
Mungkin tanggapan pertama yang terlintas, mereka sedang  menuju ke kafe siber, atau juga melepak. Walaupun itu sterotype atau imej yang sering dikaitkan dengan kehidupan di flat kos rendah-jangan tersalah sangka.
Mereka sebenarnya sedang menuju ke Anjung PKNS, pusat komuniti yang disediakan pemaju perumahan itu sebagai sebahagian dari aktiviti CSRnya bagi membolehkan setiap pelajar sekolah di flat perumahan itu mendapat peluang menyertai kelas ulangkaji selepas waktu sekolah.
Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, Anjung PKNS yang juga merupakan projek perintis diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan komuniti serta modal insan melalui program pembangunan keluarga, latihan pembelajaran dan bimbingan akademik secara berterusan kepada anak-anak penghuni pangsapuri tersebut.
"Anjung PKNS mula beroperasi pada 1 November 2011 dengan mensasarkan pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah yang diselia oleh tutor sukarelawan. Kami memperuntukkan dana sebanyak RM65,000 bagi kerja-kerja membina pusat komuniti yang berkeluasan 1200 kaki persegi, selain RM40,000 semasa pusat ini mula beroperasi,” kata Ishak.
Sementara itu, penduduk, Aminuddin Samsi, 43, berkata, beliau menyokong penuh usaha murni PKNS kerana menubuhkan pusat komuniti  yang banyak memberi faedah kepada penduduk pangsapuri.
Beliau sendiri menghantar anak perempuannya yang bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun ini bagi mengikuti program ulangkaji pelajaran kerana kedudukan pusat komuniti yang berdekatan dengan rumah.
"Saya berterima kasih kepada pihak PKNS kerana begitu mengambil berat tentang pendidikan anak-anak kami di sini. Selama beberapa bulan anak saya belajar di sini, saya melihat terdapat peningkatan dalam pelajarannya.
“Lagipun kami tidak perlu membayar apa-apa yuran untuk menghantar anak ke sini selain keselamatan anak-anak juga terjamin kerana kedudukan pusat komuniti yang dekat dengan rumah," katanya.
Aminuddin berkata, dengan penubuhan Anjung PKNS terbabit, gejala lepak yang berleluasa di kalangan pelajar sekolah juga berkurangan memandangkan mereka sudah mempunyai tempat lepak dan santai kerana pusat komuniti itu turut menyediakan komputer sumbangan PKNS untuk kegunaan pelajar.
"PKNS telah banyak membantu menyediakan kemudahan kepada penduduk pangsapuri seperti kemudahan pendidikan untuk anak-anak selain menyediakan tempat untuk komuniti di sini berkumpul mengadakan sesuatu aktiviti sehingga dapat mengeratkan ikatan kejiranan.”
Menurut Ishak, kejayaan pusat komuniti ini juga disebabkan oleh kerjasama PKNS melalui Badan Pengurusan Bersama atau JMB flat berkenaan.
“Pusat komuniti berkenaan yang terletak di bawah seliaan Joint Management Body (JMB) flat berkenaan dapat membangunkan aspek sosial, ekonomi, kewangan dan keagamaan bagi penduduk setempat secara keseluruhannya.”
"Penubuhan JMB atau Badan Pengurusan Bersama ini adalah perlu bagi setiap pangsapuri selaras dengan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Pengurusan dan Penyelenggaraan Bangunan 2007) atau lebih dikenali sebagai Akta 663.”
"JMB ini ditubuhkan supaya dapat menyediakan peluang kepada pembeli  menyenggara, mengurus bangunan dan harta bersama. Peluang ini diharapkan dapat digunakan oleh pemilik lain bagi mendapat pengalaman dalam soal pengurusan selain menjalin hubungan lebih rapat dengan pemaju," katanya.
Menurut Ishak,  sebanyak 312 pejabat pengurusan JMB di 42,000 unit pangsapuri PKNS seluruh Selangor telah diwujudkan selepas Akta 663 diwartakan oleh kerajaan.
Daripada jumlah berkenaan, kira-kira 103 JMB telah diserahkan kepada penduduk pangsapuri supaya dapat diuruskan sendiri oleh pemilik berdaftar, manakala selebihnya di bawah tanggungan PKNS memandangkan ia masih dalam proses penyerahan selain permintaan penduduk yang mahu pemaju menguruskannya. 

Thursday 9 August 2012

PKNS FC Bawa Keceriaan Ramadan Bagi Anak Yatim


“Sertai 12O Warga Kerja PKNS jalankan aktiviti gotong-royong”

Bersih.... Kerja membersihkan Rumah Rukaiyah dapat disiapkan dengan cepat kerana amalan gotong-royong

KAJANG, 8 Ogos 2012: Menjejakkan kaki ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Rukaiyah, Sungai Merab di sini, baru-baru ini menyebabkan pemain import pasukan PKNS FC, Dawood Nicoise terpaku seketika.
Kenangan dibesarkan di rumah anak yatim pantas menerjah minda, menyebabkan warga Perancis itu tidak sabar-sabar untuk mencurah keringat bagi menceriakan kawasan asrama yang menempatkan 26 kanak-kanak kurang bernasib baik itu.

Dawood memahami perasaan anak yatim

Bagaimana lincah Nicoise, 28, mengawal bola di padang begitu jugalah dia semasa berada di dapur asrama itu. Jejaka dengan ketinggian enam kaki itu sedikit pun tidak kekok untuk membasuh pinggan, mengemas dan menyapu sampah yang lazimnya sering dilakukan golongan wanita.

“Anak yatim mendapat tempat istimewa di hati saya. Saya tidak pernah melepaskan peluang untuk berbakti kepada mereka kerana ia adalah cara untuk saya membalas budi insan mulia yang membantu saya semasa kecil,” katanya.

Penyerang import yang baru tujuh bulan menyarung jersi PKNS FC seterusnya berkata, anak yatim di Malaysia sangat bertuah kerana banyak syarikat berlumba-lumba untuk menghulurkan bantuan dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR)  mereka.

Bantuan yang diberikan pada bulan Ramadhan lebih bermakna ia dapat menceriakan kanak-kanak untuk menyambut Syawal. Lazimnya mereka yang lebih teruja untuk meraikannya selepas sebulan menahan lapar dan dahaga ,” katanya.

Fadhil bangga dapat turut sama menyumbangkan keringat kepada yang kurang bernasib baik
Kapten pasukan PKNC FC, Fadhil Hashim, 29, yang tekun melakukan kerja-kerja mengemas lanskap di pusat jagaan itu berkata, dia berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada peserta program tersebut.

“Silaturahim sesama pemain juga dapat dieratkan menerusi aktiviti gotong-royong dan dalam masa yang sama, pihak ketiga seperti kanak-kanak di pusat jagaan ini mendapat manfaat,” katanya.

Fauzan harap lebih banyak program sebegini dianjurkan
Pemain tengah PKNS FC, Fauzan Dzulkifli, 25, berkata program seperti ini sepatutnya lebih kerap diadakan kerana berbuat baik adalah perkara mulia yang dituntut agama selain dapat menimbulkan keinsafan apabila melihat sendiri kehidupan yang dilalui oleh anak-anak kecil ini. 

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan, Hasnah Husin melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada rombongan besar PKNS yang membantu menceriakan kawasan persekitaran yang agak sukar untuk dilakukan tanpa bantuan kerana faktor kewangan dan tenaga fizikal. 

“Raya tahun ini lebih bermakna dan akan membawa kenangan manis kerana kami dapat meraikannya dalam suasana yang lebih ceria dan persekitaran yang lebih bersih,” katanya yang bertanggungjawab ke atas 12 kanak-kanak lelaki dan 14 penghuni perempuan berusia antara 10 hingga 16 tahun.

Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek (kanan) bergambar kenangan bersama warga kerja PKNS selepas selesai mengasingkan baju terpakai yang boleh didermakan
Aktiviti gotong-royong ini merupakan salah satu daripada program Kasih PKNS yang merupakan inisiatif CSR perbadanan itu. Ia turut disertai oleh 120 warga kerja PKNS.

Antara kerja-kerja baik pulih yang dijalankan termasuk membina bumbung di antara dua blok pejabat dan surau yang membabitkan nilai keseluruhan RM60,000.

Selain itu, blok asrama lelaki pusat jagaan itu juga dicat semula dan kemudahan dalam bilik mandi kanak-kanak itu juga telah diperbaiki.

Program Kasih PKNS berjaya menceriakan persekitaran Rumah Rukaiyah
Di bawah program Kasih PKNS pelbagai bantuan telah dihulurkan kepada masyarakat, termasuklah memberi sumbangan dua buah van jenazah kepada Badan Islam PKNS dan Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24,Shah Alam baru-baru ini.

Perbadanan juga telah menghulurkan bantuan pembaikan kediaman 22 golongan miskin dan fakir di enam kawasan di Sabak Bernam bernilai RM396,000 dan bantuan RM10,000 kepada adik Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad, 2, yang menghidap penyakit lumpuh otak, jantung berlubang dan injap sempit.  

Terima Kasih Daun Keladi.... Barisan warga kerja PKNS yang bertungkus-lumus membersih dan menceriakan Rumah Rukaiyah

Thursday 2 August 2012

Pesta Buku Selangor 2012

Oleh: Adli Shahar 


PESTA Buku Selangor 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam mencatat jumlah peserta paling banyak sejak dianjurkan tujuh tahun lalu dengan 80 mengambil bahagian di 163 lot gerai.


Antara peserta pesta ialah Karangkraf Sdn Bhd, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), PTS Publications and Distributors Sdn Bhd, Al-Ameen, Sasbadi, Al-Hidayah, dan Cerdik Publication. 


Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhammad berkata, kami selaku penganjur yakin bahawa pesta kali ini akan membawa lebih ramai pengunjung, sekali gus mengatasi rekod tahun lalu, berdasarkan kepada peningkatan jumlah penyertaan yang diterima tahun ini. 




“Tahun ini kami mensasarkan 450,000 berbanding 353,000 pengunjung yang dicatatkan tahun lalu. Hendaknya dengan perubahan dan pembaharuan pada tahun ini, akan berlaku lonjakan Pesta Buku Selangor di tempat kedua terbesar, selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,” katanya pada perasmian Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2012 di di Pusat Konvensyen Shah Alam, baru-baru ini.

Pesta Buku Selangor 2012 anjuran bersama PPAS dengan Kerajaan Negeri Selangor selama 11 hari bermula 29 Jun hingga 9 Julai ini dan dibuka pada jam 10 pagi hingga 9 malam. 

Beliau berkata, Pesta Buku Selangor sebelum ini berlangsung di Kompleks PKNS Shah Alam, sebelum dipindahkan ke lokasi sekarang pada 2011 bagi membolehkan banyak penyertaan dan pengunjung ditingkatkan.

Tahun lalu, Pesta Buku Selangor menampilkan 75 peserta mengambil bahagian di 157 lot gerai, manakala 58 peserta di 114 lot gerai pada 2010. 



Bersempena pesta terbabit, Kempen ‘15 Minutes Reading Break’ turut diadakan secara serentak di daerah lain di Selangor dan majlis turut menyaksikan bekas wartawan Utusan Melayu, Said Zahari, dinobatkan sebagai penerima Tokoh Penulis Selangor yang melayakkannya menerima wang tunai RM10,000, manakala Prof Datuk Dr Raja Abdullah Yaakob menerima Anugerah Tokoh Pustakawan.

“Jika tahun lalu kita ketengahkan golongan penulis sebagai pendukung tradisi keilmuan, kali ini kita turut mengangkat pustakawan yang selama ini kurang diambil perhatian oleh masyarakat kerana sumbangan besar mereka dalam industri bacaan negara,” katanya.


Sumber Berita Harian,
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2012070306202220120703062022/Article/

3 syarikat kerajaan negeri serah zakat RM7.79 juta


"PKNS Jelas Zakat Perniagaan Berjumlah RM4.39 Juta"


SHAH ALAM 24 Julai - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat perniagaan sebanyak RM7.79 juta daripada tiga anak syarikat kerajaan negeri pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini semalam.

Sumbangan yang diterima daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM4.39 juta dan Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) sebanyak RM2.04 juta adalah bagi zakat tahun ini, manakala Worldwide Holdings Bhd. (WHB) menunaikan zakat berjumlah RM1.36 juta bagi 2011.

PKNS diwakili oleh Pengurus Besarnya, Othman Omar; PNSB oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Omar dan WHB diwakili oleh pengerusinya, Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman.

Pada majlis sama, Sultan Selangor berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 100 asnaf fakir, 100 asnaf miskin dan 100 asnaf anak yatim serta 100 asnaf mualaf.

Kesemua mereka menerima sumbangan RM400 setiap seorang, manakala anak yatim sebanyak RM100 seorang.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi.

Pada majlis tersebut, Sultan Selangor turut berkenaan menyampaikan Anugerah Tokoh Usahawan Asnaf Cemerlang kepada lima usahawan asnaf terbaik iaitu Muhamad Burhan Salikon bagi kategori perniagaan makanan; Mohd. Yatim Ab. Ghani (perniagaan bergerak) dan Sharifah Surit (perniagaan perkhidmatan).

Turut menerima anugerah ialah usahawan peruncitan dan pembuatan, Sheikh Abd. Rahim Sheikh Yahya dan usahawan asas tani, Sakilla Hanis Mohamed.

Usahawan tersebut sebelum ini merupakan penerima bantuan modal perniagaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan kesemuanya telah terkeluar daripada kategori asnaf miskin setelah berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Mereka juga telah mula membayar zakat kepada LZS sejak tahun lalu.

Thursday 26 July 2012

Akademi PKNS Tawar Program Peringkat Antarabangsa


“Jalin Kerjasama Dengan Institut Korea Selatan”

Pengurus Besar PKNS, Othman Omar (tiga dari kiri) bersama Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran dan Pembangunan) PKNS, Noraida Mohd Yusof bergambar kenangan bersama tetamu kehormat pada pelancaran Program Sijil CITL baru-baru ini. 


SHAH ALAM, 26 Julai 2012: Akademi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) buat julung-julung kalinya memperkenalkan Program Sijil Perdagangan Antarabangsa dan Undang-Undang (CITL) yang dijalankan dengan kerjasama Institut Perdagangan Antarabangsa dan Undang-Undang (ITLI) Korea Selatan.

Pengurus Besar PKNS, Othman Omar berkata, Akademi PKNS dilantik sebagai pemegang hak eksklusif francais program tersebut di AsiaTenggara.

“Kami yakin program ini dapat meningkatkan kecekapan peserta sebagai pakar dalam bidang undang-undang dan amalan antarabangsa serta mencerminkan apa yang mereka ingin capai dalam persekitaran global,” katanya.

Program tersebut yang mengambil jangkamasa enam bulan diterajui oleh Profesor Dr Eun Sup Lee dari Universiti Pusan, Korea Selatan dan telah diterima pakai di pelbagai universiti serantau dunia termasuk di Amerika Syarikat, Perancis dan China.

Dengan yuran sebanyak RM15,000, peserta berpeluang mengikuti enam modul, antaranya pengurusan perdagangan antarabangsa, undang-undang perdagangan antarabangsa dan amalan, peraturan-peraturan perdagangan dunia, insuran dan pengangkutan antarabangsa serta dokumentasi dan komunikasi perdagangan.

Kuliah akan diadakan pada hari minggu untuk jangkamasa enam bulan dan dikendalikan oleh pensyarah berpengalaman dari dalam serta dan luar negara yang diiktiraf oleh ITLI.

Pengambilan akan dibuka pada Januari, Mac, Julai, September dan November setiap tahun kepada individu yang mempunyai kelayakan akademik degree, master atau profesional dan lima tahun pengalaman bekerja atau mereka yang tidak mempunyai kelayakan pendidikan formal disyaratkan memiliki pengalaman lapan tahun dalam persekitaran perdagangan antarabangsa.

Peserta yang tamat program akan mendapat sijil akreditasi dari Kementerian Tanah, Laut dan Pengangkutan Korea Selatan yang diiktiraf di serata dunia.

Seorang pelatih undang-undang, Muhammad Alif Muspri, 21, yang berkesempatan menghadiri pelancaran program tersebut berkata modul latihan program berkenaan amat baik.

“Program sebegini akan dapat meningkatkan pengetahuan sekaligus meningkatkan pasaran individu tersebut untuk bersaing dalam era kerjaya yang semakin mencabar memandangkan ramai lulusan dilahirkan saban tahun,” katanya.

Sahabatnya, Ahmad Al-Amin Mohd Fuad Salim, 22, berkata, individu yang berminat untuk berjinak-jinak dalam bidang perdagangan antarabangsa seharusnya merebut peluang untuk menyertai program tersebut.

“Menceburi bidang perdagangan antarabangsa bukan sesuatu yang mustahil pada masa kini kerana semua kemudahan berada di hujung jari. Hanya mereka yang berani mengambil peluang sahaja akan berjaya,” katanya.

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh menghubungi Akademi PKNS di talian 03-79602268.

Tuesday 10 July 2012

PKNS kecewa tindakan penduduk Jalan Plumbum


SHAH ALAM 9 Julai - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kecewa dengan tindakan sebahagian penduduk di Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini yang mengadakan piket berhubung masalah tanah mendap di kawasan perumahan itu.

Pengurus Perkhidmatan Pelanggan PKNS, Mohd. Wazir Abdul Gani berkata, ini kerana PKNS telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah tersebut sejak perkara itu dibangkitkan pada Februari lalu yang melibatkan Jalan Plumbum 7/101 A, 7/101 B dan 7/101 C.

Mohd. Wazir, dalam kenyataan akhbarnya memaklumkan, antara tindakan yang telah dilakukan oleh PKNS ialah dengan melantik kontraktor bagi membaiki tempat letak kereta di 10 buah rumah yang terjejas teruk, melantik jururunding tanah untuk menyiasat serta mengkaji struktur tanah dan mengadakan perjumpaan dengan penduduk pada 15 Mei lalu untuk menjelaskan hasil siasatan tersebut.

Menurut beliau, PKNS juga telah menyerahkan permohonan untuk pelan kerja-kerja baik pulih infrastruktur kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 3 Julai lalu dan telah menerima balasannya dua hari kemudian.

"PKNS juga telah melantik kontraktor untuk memantau pergerakan struktur dalaman bangunan selama enam bulan. Pemasangan alat pemantau itu telah dilakukan pada 7 Julai lalu di dua buah rumah sebelum kerja-kerja baik pulih ruang belakang rumah dan sistem paip pembentungan dilakukan sebulan selepas itu.

"Tempoh masa sebulan itu diperlukan untuk mengelakkan gangguan kepada bacaan pergerakan struktur bangunan. Kerja-kerja baik pulih akan bermula pada Ogos ini dan dijadualkan siap dalam masa dua bulan," katanya dalam satu kenyataan itu.

Justeru, Wazir menegaskan, PKNS tidak akan sesekali mengabaikan tanggungjawab selaku pemilik tanah dan tidak menolak kemungkinan pemilik rumah tidak mengetahui kerja pembaikan yang dilakukan kerana tiada komunikasi yang membolehkan penduduk mengetahui perkara itu.

Ujar beliau lagi, projek perumahan di Jalan Plumbum sebenarnya dimajukan oleh syarikat swasta, PCM Bina Sdn. Bhd. yang kini boleh dikatakan telah bersikap lepas tangan terhadap masalah tersebut selain tidak dapat dihubungi oleh pihak PKNS.

Menyedari kesusahan yang dihadapi oleh pemilik rumah semasa kerja-kerja pembaikan dilakukan, kata beliau, PKNS telah menawarkan rumah sementara di Alam Nusantara sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dan menawarkan wang tunai RM2,000 sebulan kepada pemilik rumah yang tidak mahu berpindah.

"Jika pilihan yang diberikan masih tidak dapat memuaskan hati pemilik rumah, pihak PKNS juga telah bersetuju untuk membeli semula rumah-rumah yang terlibat dalam kerosakan tersebut pada harga yang munasabah antara pemilik dan PKNS.

"PKNS tidak pernah memandang ringan faktor keselamatan dan keselesaan pemilik rumah dan membuka lebih banyak ruang komunikasi antaranya pemilik rumah boleh menghubungi Careline PKNS di talian 1 800 887567 atau menghantar e-mail ke aduan@pkns.gov," jelas beliau.

Wazir juga memberitahu, pihaknya akan menghantar laporan kepada pemilik setiap dua minggu menerusi newsletter dan membuka pusat kawalan sementara di kawasan Jalan Plumbum dalam masa terdekat bagi membolehkan semua maklumat disalurkan kepada penduduk selain mendapatkan maklum balas mereka.

Sumber: Utusan Malaysia, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0710&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_02.htm&arc=hive

Thursday 28 June 2012

PKNS Cadang Tambah Bilangan Pejabat Eksekutif


Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merancang untuk menambah pejabat eksekutif di PKNS BizPoint di Seksyen 7 di Shah Alam berikutan sambutan yang menggalakkan.
Pengurus VIO by PKNS, Mohd Hilmi Muda berkata, pada masa ini kesemua 13 unit pejabat eksekutif di bangunan itu disewakan manakala 35 syarikat lagi masih dalam senarai menunggu.
“Kami dalam perbincangan untuk mengubahsuai bahagian tingkat satu PKNS BizPoint untuk dijadikan ruang pejabat eksekutif bagi menambah bilangan unit untuk disewakan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Saiz pejabat eksekutif di PKNS BizPoint adalah berbeza sama ada satu individu, dua individu, tiga individu atau empat individu boleh disewa pada harga antara RM1,200 hingga RM2,000 seunit.
Mereka yang berminat untuk menyewa ruang pejabat tersebut hanya perlu membayar deposit dua bulan dengan langganan minimum selama enam bulan.
Selain itu, unit pejabat korporat maya oleh VIO by PKNS turut mendapat sambutan apabila 78 unitnya telah diduduki.
Menerusi program ruang pejabat korporat maya, ahli perniagaan dan usahawan yang berminat hanya perlu membayar harga RM300 sebulan untuk menggunakan kemudahan yang lazimnya terdapat di sesebuah pejabat perniagaan konvensional.
Walaupun dalam bentuk maya, penyewa akan memiliki sebuah pejabat yang diuruskan oleh mereka yang terlatih termasuk khidmat operator telefon.
Mohd Hilmi berkata, penyewa diberikan nombor telefon khusus serta nombor faks khas untuk perniagaan dan kemudahan internet tanpa had di sebahagian ruang PKNS BizPoint.
"Kemudahan lain adalah seperti bilik mesyuarat, bilik perbincangan dan ruang istirehat" katanya.
Program Pejabat Korporat Maya dan Pejabat Eksekutif di Bangunan PKNS BizPoint bermula sejak 1 November 2010, kesinambungan kepada Program Skim Pejabat Inkubator PKNS oleh Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS.
Ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat untuk membantu individu memulakan perniagaan di pejabat sendiri tanpa modal besar.

Wednesday 27 June 2012

Pasukan RT PKNS Kini Di Facebook


Pasukan RT PKNS sentiasa bersedia menerima aduan pemilik,  termasuk di laman sosial Facebook.
SHAH ALAM: Seiring dengan perkembangan semasa, Pasukan Tindak Balas (RT - Response Team) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan akaun di laman sosial Facebook bagi memudahkan penduduk untuk membuat aduan.


Pengurus Perkhidmatan Pelanggan PKNS, Mohd Wazir Abdul Gani, 48, berkata, pengguna boleh membuat aduan dengan melayari Facebook PKNS Response Team yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai PKNS. 


"Pegawai PKNS di Pasukan RT dibekalkan dengan Galaxi Tab untuk membolehkan mereka menjawab segera aduan penduduk termasuk aduan yang dibuat di luar waktu pejabat," katanya. 


Menurut Mohd Wazir, cadangan untuk mewujudkan laman Facebook tersebut bermula selepas pihaknya menyedari kewujudan beberapa akaun di laman sosial tersebut yang menyebarkan berita tidak tepat mengenai perkhidmatan yang dikendalikan oleh PKNS.

Mohd Wazir menambah, Pasukan RT sangat menghargai aduan yang dikemukakan di laman web tersebut, bagaimanapun berharap agar pengguna tidak hanya membuat aduan kosong tanpa disertakan dengan maklumat terperinci bagi membolehkan tindakan diambil secepat mungkin.

"Sebelum ini, kami pernah berhadapan dengan situasi di mana pengguna hanya memberikan aduan secara tidak serius menyebabkan tindakan tidak dapat diambil sehinggalah kami membuat dialog bersama penduduk bagi mendapatkan gambaran sebenar masalah yang dihadapi penduduk.
"Bagaimanapun kewujudan akaun Facebook ini juga membawa lebih kebaikan apabila ada penduduk yang memuat turun gambar kerosakan sebagai bukti semasa membuat aduan," katanya.
Selain digunakan sebagai medium untuk mengemukakan aduan, turut dipaparkan di Facebook PKNS Response Team  ialah gambar-gambar kerja pembaikan yang dilakukan, maklumat dan hebahan-hebahan terkini seperti maklumat seminar dan juga penjualan rumah oleh PKNS.
Bagi pengguna yang tidak gemar menggunakan Facebook, mereka boleh menghubungi Pasukan RT di talian bebas tol 1-800-7567 (PKNS).
Pasukan RT telah ditubuhkan pada 2010 bagi menguruskan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan rumah yang dibina oleh PKNS. Buat masa kini, pasukan tersebut mempunyai 40 anggota dan tujuh van untuk memudahkan mereka bergerak ke lokasi aduan.
Pasukan yang dikenali dengan slogan Mesra, Cekap dan Segera tersebut berperanan untuk menyiasat dan mengenalpasti aduan pelanggan, membantu kerja-kerja pembaikan dan pembetulan perkhidmatan kepada pelanggan, membantu kerja-kerja pemulihan perkhidmatan dan juga mengambil tindakan proaktif bagi langkah-langkah pencegahan sebelum kerosakan berlaku.

Tuesday 5 June 2012

Permata remaja diasuh jadi usahawan


JIKA bakat golongan remaja diasah dari peringkat awal lagi mereka juga mampu menjadi masyarakat yang berketerampilan dan sekali gus dapat menyumbang kepada kemajuan negara.

Ibu bapa dan guru memainkan peranan yang penting menjadikan generasi muda individu yang berdaya saing setanding dengan bangsa lain di dunia ini dalam bidang perniagaan di samping menghindarkan diri daripada perbuatan negatif yang semakin membimbangkan.

Malah di tangan merekalah letaknya kemajuan negara di masa hadapan kerana kehebatan sesuatu bangsa selalunya diukur daripada kebolehan bangsa tersebut memajukan ekonomi mereka.

Justeru usaha kerajaan Selangor memperkenalkan program Usahawan Muda (Permata) di sekolah-sekolah amat bertepatan untuk mewujudkan usahawan bumiputera yang berkaliber pada masa depan.

Budaya niaga yang diterapkan dalam jiwa pelajar ini mengajar mereka bagaimana menjalankan perniagaan melalui penubuhan syarikat sendirian berhad di peringkat sekolah.

Lebih menarik lagi para pelajar yang menceburi kegiatan ini akan belajar menjadi ahli lembaga pengarah di mana mereka akan bertindak sebagai kumpulan pengurusan tertinggi syarikat.

Untuk merealisasikan hasrat murni ini, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) turut memperuntukkan sebanyak RM150,000 setiap tahun bagi memantapkan program keusahawanan agar para pelajar mendapat faedah daripadanya

Lebih mengagumkan apabila Keluarga menemui remaja yang bergelar usahawan di Kompleks PKNS, Bangi ketika mengadakan bazar jualan minggu lalu, masing-masing menampilkan produk kreatif hasil kerja tangan sendiri daripada bingkai gambar hinggalah sarung kusyen dan alas meja.

Para pelajar 10 buah sekolah daripada 38 buah sekolah yang terlibat itu turut juga menghasilkan barangan makanan sendiri seperti kuah rojak, kek coklat dan popia segera.

Penulis berkesempatan menemu bual para pelajar yang mengendalikan dua perniagaan yang berlainan mengakui ia merupakan cabaran yang menyeronokkan kerana dapat menubuhkan syarikat dan megendalikannya sendiri walaupun memerlukan perhatian yang sepenuhnya.

Norliyana Abdul Said, 14, yang dikenali sebagai pengurus pemasaran bagi syarikat usahawan Bestari Sdn. Bhd., berkata, pengalaman menguruskan syarikat ini memupuk budaya keusahawanan dalam dirinya menjadi usahawan cemerlang satu masa nanti.

''Saya dapat belajar selok-belok berniaga dan mengira untung rugi pada akhir tahun yang tidak pernah saya mengetahuinya sebelum ini jika saya tidak berkecimpung dalam program ini.

''Malah, kerjasama dan komitmen bersama 12 ahli yang lain adalah penting untuk memastikan urusan perniagaan berjalan lancar,'' katanya yang menguruskan syarikat ini pada hujung minggu bersama rakan-rakan lain.

Nurul Hasima Othman, 16, berkata sebelum melibatkan diri dalam perniagaan ini, mereka perlu mengikuti kursus yang dianjurkan oleh PKNS, di sana profil syarikat mengenai perniagaan yang dikendalikan perlu dibentangkan.

Syarikat yang ditubuhkan bermodalkan sebanyak RM700 ini ujarnya, mengendalikan perniagaan kraf tangan dan keropok yang dibuat sendiri.

''Kami mempunyai guru bimbingan yang akan mengajar bagaimana menghasilkan sesuatu kraf tangan seperti bingkai ayat al Quran, bunga hiasan dan sabun disaluti lilin untuk hiasan kereta,'' jelasnya lagi.

Rakannya Norsheila Ariffin, 14, memberitahu, setiap ahli perlu melabur wang mengikut kemampuan masing-masing sebagai pemegang saham dalam syarikat.

''Sesiapa yang melabur banyak, dia akan mendapat pulangan dividen yang tinggi pada akhir tahun apabila syarikat dibubarkan untuk mengira untung rugi dan seterusnya menutup akaun syarikat,'' katanya yang merupakan pengarah urusan syarikat ini.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Agama Kajang yang memperuntukkan modal sebanyak RM500 untuk mengendalikan perniagaan minuman pepsi, menjual jagung manis, membuat hot dog dan burger menganggap ia langkah tepat untuk menghindarkan budaya lepak di kalangan remaja.

Menurut pengarah urusannya, Amir Rozaidi Che Ros, 16, syarikat yang diberi nama Panca Baiduri Sdn. Bhd., ini turut mengikat kontrak selama setahun dengan syarikat pepsi untuk menjual minuman tersebut di premis perniagaan mereka.

''Kami yang mempunyai 15 orang ahli perlu melabur sebanyak RM20 setiap orang sebagai pemegang saham dalam syarikat,'' katanya lagi yang ketika itu sedang membuat jagung manis untuk pelanggan.

Rakannya pula Mohd. Jihad Ariffin, 16, berkata program keusahawanan yang diceburi ini tidak mengganggu masa mereka mengulang kaji pelajaran kerana ia dibuat pada hujung minggu.

''Di samping menjual makanan dan minuman, kami juga menyediakan perkhidmatan mencuci kereta, membungkus cenderamata dan katering,'' kata seorang rakan lagi, Nik Sulaiman Nik Mat, 16.

Dia yang menjadi pengurus sumber manusia menjelaskan, dirinya dan rakan-rakannya seronok mengendalikan perniagaan ini kerana ia dilakukan secara terperinci mengikut garis panduan cara berniaga yang sebenar.

''Sekurang-kurangnya saya dapat merasakan bagaimana menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya seperti kawan ayah saya yang telah mempunyai syarikat kontraktor sendiri,'' katanya penuh harapan.

Sunday 3 June 2012

Thumbs-up for Aquavilla units


SHAH ALAM:  Ninety-two per cent of the Selangor State Development Corporation’s (PKNS) Aquavilla 26 townhouse units, touted to be a peaceful haven within the city, were sold during its preview on May 13.

Living up to its name, Aquavilla’s boutique residential units each face landscaped water features.

“We are not only selling a home, but a lifestyle,” said PKNS development controller (Northern Region) Siti Zubaidah Abd Jabar during the preview in the Shah Alam Convention Centre (SACC).

She said the homes, which will be surrounded with water, will be a tranquil 0.8-hectare gated and guarded retreat.

Aquavilla’s three-storey townhouses are divided into one-and-a-half lower and upper floors, while each unit ranges in size from 2,054 to 2,533 sq ft.

Aqua Villa Townhomes

“This concept uses a strata title, where both lower and upper units share the same entrance stairs, while having their own internal stairs within their units,” said Siti.

Project architect Ahmad Jayaputera said Aquavilla was PKNS’ first high-end townhouse project with contemporary designs.

He said the numerous water features, along with a swimming pool, courtyard and children’s playground will provide a soothing and calming atmosphere.

“The units will also utilise green technology with inverter air-conditioning units and solar water heaters,” he added.

With close proximity to educational institutions, Aquavilla is ideal for young couples looking to start a family or parents buying a space for their varsity-going children.

The development is near Universiti Teknologi Mara (UiTM) and Universiti Selangor (Unisel) and is right next door to MAZ International School.

It is also located next to I-City, a fully integrated intelligent city comprising corporate, leisure and residential components.

Aquavilla is already 60 per cent completed and is projected to be completed by year’s end.

Saturday 28 April 2012

PKNS Berjaya Selesaikan Isu Bukit Botak!

"Wajah ceria peneroka asal Bukit Botak jelas menunjukkan rasa lega dan syukur kerana penantian 20 tahun mereka berakhir selepas PKNS mengambil alih projek berkenaan dan merealisasikan impian mereka"
YB Tan Sri Khalid Ibrahim semasa majlis cabutan undi pada 21 April 2012




Penduduk Bukit Botak dekat sini, gembira apabila projek penempatan semula kampung itu berjalan lancar seperti dirancang.Bagi sekumpulan penduduk yang terbabit dalam undian kediaman rumah berkembar di tapak projek Bukit Botak hari ini, penantian mereka selama puluhan tahun nyata berbaloi.


Penduduk, Abdullah Said, 54, berkata beliau bersyukur kerana hasitatnya menetap di rumah lebih selesa bakal menjadi kenyataan.

"Suasana kini jauh berbeza berbanding ketika kampung ini diteroka awal 1980-an kerana ketika itu tiada bekalan air sehingga kami terpaksa menggali lubang," katanya.



Walaupun tidak dapat melupakan kisah pahit manis ketika mendiami kampung itu, Abdullah berterima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan agensi terbabit dalam merealisasikan penempatan  lebih sempurna. Abdullah adalah antara 707 daripada 1,406 penduduk terbabit dalam proses undian rumah berkembar setingkat dengan keluasan lantai 850 kaki persegi dan dilengkapi tiga bilik tidur serta dua bilik air yang dijangka siap Disember ini.

Didalam salah sebuah rumah di Bukit Botak


Seorang lagi penduduk, Romli Alang Bahak, 53, pula terharu menyaksikan projek perumahan dinantikan sudah hampir siap.

"Saya tinggal di Bukit Botak sejak bujang hingga kini memiliki tujuh anak dan merasai pengalaman hidup tanpa bekalan air, elektrik dan kemudahan jalan raya.

"Saya amat gembira melihat kediaman ditawarkan ini begitu cantik, berkualiti dan tersusun," katanya. Bagi Aziz Said, 71, projek penempatan semula itu membawa makna yang besar kepada dirinya dan keluarga." Akhirnya impian mendapatkan tempat berteduh yang sempurna untuk kami sekeluarga menjadi realiti walaupun menunggu lama," katanya.

PKNS memulakan kerja pembinaan 1,422 unit rumah berkembar di kawasan seluas 66 hektar di Bukit Botak pada September 2010 selepas kerajaan negeri mengambil alih tanah dan projek terbengkalai yang sepatutnya dimajukan sebuah syarikat swasta.

Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran dan Pembangunan) PKNS, Noraida Mohd Yusof berkata, kos pembangunan keseluruhan projek itu mencecah RM216 juta.

"PKNS memberi subsidi RM79.6 juta dengan menawarkan harga kediaman bagi rumah berkembar standard  pada harga RM99,000. Ini satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNS bagi melancarkan pembangunan projek ini. "Kemajuan kerja di tapak setakat ini ialah 72 peratus. PKNS turut menyediakan tapak masjid, tapak tadika dan kawasan lapang untuk rekreasi," katanya


Tuesday 17 April 2012

PKNS Pemaju Prihatin

"Pelaburan hartanah merupakan antara komitmen yang paling besar dalam kehidupan seseorang. Rumah yang dibeli bukan sahaja tempat berteduh malah merupakan mahligai impian setiap keluarga. PKNS komited membantu setiap individu memiliki rumah idaman mereka dengan memberikan perkhidmatan lepas beli (after sales) yang terbaik!," Puan Hajah Roziah, Kontroller Wilayah Tengah PKNS

Bukan hanya kata-kata manis, malah kesungguhan PKNS dibuktikan melalui mesyuarat mingguan bersama pemilik rumah. Antaranya dengan pemilik rumah Banjaria Court, Batu Caves dan Kristal Heights, Shah Alam.
Perjumpaan dengan Penduduk Banjaria Court-14 Apr 2012

Majlis Penyerahan Kunci Kristal Idaman

Pengurus Besar PKNS (baju jingga) prihatin mendengar maklumbalas dari pembeli



Mesyuarat bersamaPKNS- Jawantankuasa Penduduk

Team PKNS turun padang melihat tahap kemajuan projek perumahan 


PKNS Expects RM800m Sales This Year

"In an interview with The Sun recently, General Manager of PKNS Othman Omar disclosed that the state owned agency will continue its successful stride this year by closing in sales of around RM800 million. PKNS is recording an average growth profit of 20% annually since 2009!"

Read the interview here:
Selangor State Development Corporation (PKNS) has 29 launches planned for this year and expects to rake in sales of RM800 million, said its general manager Othman Omar.
Last year, it recorded sales of between RM500 million and RM600 million, and net profit of RM319 million with an average profit growth of 20% annually since 2009.
"We also introduced the open tender system in 2009 and achieved bottomline savings of RM115 million in 2010. Last year, we achieved savings of RM100 million and we target the same for 2012," he told SunBiz on Friday.
Othman said the open tender system is one of PKNS' efforts to enhance corporate governance and transparency, and is also part of its rebranding efforts to change the perception on its operations.
"It is a balancing act. Some people say we should be focusing on affordable homes and not build high-end homes to compete with other players but we do not make profit from affordable homes," he said.
He added that affordable and low-cost homes built by PKNS are subsidised with profits from its high-end projects, otherwise it would have to depend on grants from the government.
"The perception is that PKNS only builds low-cost homes but we have a range of products which will help sustain our profitability and survive any kind of (economic) weather," he said.
He said for low-cost homes, it subsidises between RM20,000 and RM30,000 per unit and up to RM100,000 per unit for affordable homes.
"Our houses are sold at 15% to 20% below market rate," he added.
With some RM20 billion worth of projects in the pipeline for the next seven to 10 years, PKNS is looking to raise RM700 million in a sukuk issuance to fund its new projects and to acquire land.
"The sukuk has been approved but we want better terms, so we're aiming for year-end. Besides, we don't need the money yet as we have RM200 million excess cash from last year," said Othman.
According to him, PKNS is also starting to take on a leading role in its joint venture projects.
"In our newer projects, PKNS is now taking the lead with about 70% share; last time, we used to take 30% to 40% share," he said.
PKNS has 4,856ha of landbank, which would keep it busy for at least 10 years.
"We are also acquiring land for development but our focus now is more on pocket land and reversed privatisation," said Othman.