Shah Alam, 17 Januari
2012: Projek
Banjaria Court di Batu Caves, Gombak mula dibuka untuk jualan pada pertengahan
tahun 2009 melibatkan tiga blok iaitu Blok B1, B2 dan B3.
Ketika itu peringkat pembinaan keseluruhan telah mencapai 40 peratus. Manakala sebuah lagi blok iaitu
Blok A pula hanya dibuka untuk jualan mulai tahun 2010.
Sijil
Layak Menduduki (CF) projek ini telah diperolehi pada 4 Januari 2012 dan urusan
penyerahan kunci telah pun bermula sebaik sahaja PKNS menerima bayaran penuh
harga rumah. Malahan PKNS telah pun membuat penyerahan kunci kepada mereka yang
telah membayar secara tunai.
Mengikut
Perjanjian Jual Beli, PKNS perlu membuat serahan kunci kepada pembeli pertama
sebelum 30 September 2012 dan ingin
ditegaskan bahawa tidak terdapat sebarang kelewatan tempoh penyerahan kunci
seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Malahan PKNS telah berjaya
menyerahkan unit, 8 bulan mendahului jadual.
PKNS
sedang mempercepatkan tuntutan-tuntutan pinjaman daripada bank supaya urusan
penyerahan kunci kepada pembeli dapat dibuat dengan kadar segera. PKNS berharap
dengan penjelasan ini tidak timbul lagi kekeliruan atau salah tanggapan
daripada mana-mana pihak berhubung perkara ini.
Banjaria Court
No comments:
Post a Comment