SHAH ALAM, 31 JANUARI 2012
– Pihak pengurusan Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor (PKNS) diketuai oleh Pengurus Besar Othman Omar baru-baru ini
telah turun padang untuk meninjau sendiri keadaan projek perumahan Banjaria
Court, Batu Caves.
Projek
berkenaan yang kini dalam proses pemberian kunci secara berperingkat lapan
bulan lebih awal dari tarikh perjanjian jual beli, sebelum ini menerima aduan
daripada pembeli yang tidak berpuas hati dengan beberapa aspek rumah berkenaan.
Selari
dengan lawatan berkenaan, PKNS telah mengaturkan satu pertemuan secara tertutup
bersama enam individu yang mewakili pembeli Banjaria Court Sabtu lalu. Menurut
Othman pertemuan itu diatur pihaknya bagi mendengar serta mencari penyelesaian
kepada permasalahan diutarakan para pembeli.
Pengurus Besar PKNS En Othman Omar meninjau aduan pembeli Banjaria Court
“Walaupun
masalah yang diadu pembeli terbabit hanya melibatkan beberapa unit tertentu,
namun pengurusan PKNS tidak mahu memandang remeh sebarang aduan pembeli,” tegas
Othman.
Dalam
pertemuan itu, Othman telah memberi penjelasan kepada kumpulan pembeli terbabit
lanjutan dakwaan mereka bahawa PKNS sengaja melengah-lengahkan proses
penyerahan kunci. Isu melewatkan pemberian kunci tidak timbul langsung kerana
PKNS hanya menunggu pengeluaran Sijil Layak Menduduki (CF) sebelum melaksanakan
pemberian kunci kepada pembeli.
“Kami
telah menerima CF bagi Banjaria Court pada 4 Januari lalu yang mana kerja-kerja
pembersihan terus dipergiatkan di unit-unit apartmen dan kawasan
sekitarnya. Kunci mula diberikan kepada
pembeli mulai 23 Januari 2012.”
Merujuk
kepada insiden seorang pembeli terkejut
dengan keadaan rumahnya yang tidak sempurna seperti disiarkan dalam berita di
salah sebuah stesen televisyen tempatan, beliau berkata kes berkenaan adalah
kes terpencil.
“Apa
yang sebenarnya berlaku ialah pihak kontraktor terpaksa menanggalkan jubin
dinding dan sinki untuk membaikpulih saluran paip yang didapati bocor. Walaupun
pembeli diberi jaminan selama 24 bulan untuk sebarang kerosakan, kontraktor
berkenaan mahu bertindak proaktif dengan cuba memperbaikinya lebih awal,”
tambahnya lagi.
Othman
berkata pembeli berkenaan juga sudah dimaklumkan mengenai situasi sebenar
kejadian itu.
Pertemuan
yang berlangsung hampir 2 jam itu
akhirnya memberi kelegaan di pihak pembeli yang menyifatkan pertemuan itu satu dialog yang konstruktif
dan tepat pada masanya.
Pembeli rumah Banjaria Court menerima kunci rumah mereka dari KontrollerWilayah Tengah, Hajjah Roziah
“Kita
percaya sudahpun ada komunikasi yang baik antara pembeli dan PKNS. Oleh yang
demikian kita harapkan segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan
bersama dengan baik,” kata wakil pembeli Banjaria Court Auzan Sazali.
PKNS
mengalu-alukan sebarang maklumbalas melalui laman Facebooknya “PKNS Response Team” dan e-mail ADUAN PKNS (aduan@pkns.gov.my)
No comments:
Post a Comment