Wednesday, 7 March 2012

Penyerahan Kunci Secara Berperingkat Kepada Pembeli Banjaria Court


SHAH ALAM, 20 JANUARI 2012: Pembeli apartmen Banjaria Court, Batu Caves menerima berita baik hari ini apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengumumkan proses penyerahan kunci akan dimulakan secara berperingkat  mulai 23 Januari 2012.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, PKNS berkata 16 pembeli dalam kumpulan pertama yang akan menerima kunci merupakan mereka yang sudah menyelesaikan semua urusan pembayaran 100% samada secara tunai atau menerusi pinjaman bank.  Bahagian Jualan Wilayah Tengah telah memaklumkan kepada pembeli berkenaan melalui pos dan telefon.

Sijil Layak Menduduki (CF) projek ini telah diperolehi pada 4 Januari 2012 dan kerja-kerja pembersihan telah segera dijalankan bagi memastikan keadaan persekitaran apartmen Banjaria Court dalam keadaan terbaik. Kerja pembersihan kini di peringkat terakhir dan dijangka selesai Ahad ini.

Setakat ini PKNS telah selesai mengemukakan tuntutan bayaran baki harga rumah dengan bank-bank yang terlibat.  Walaupun pihak bank mempunyai tempoh 21 hari untuk menjelaskan bayaran seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian Jual Beli, PKNS tetap mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu ‘Task Force’ untuk membantu pihak bank supaya bayaran dapat diterima dengan lebih cepat.  PKNS memohon kerjasama pembeli-pembeli untuk turut sama membuat susulan dengan bank masing-masing bagi tujuan tersebut.

PKNS sedang melakukan segala usaha untuk memastikan proses penyerahan kunci kepada pembeli lain dapat dibuat segera setelah menerima bayaran penuh dari bank. Kepada pembeli yang mempunyai sebarang pertanyaan, mereka boleh menghantar e-mail ke  aduan@pkns.gov.my

Banjaria Court telah pun dijual habis dan proses menyerahkan kunci kepada pembeli akan dibuat secpat mungkin

No comments:

Post a Comment