Showing posts with label pkns media. Show all posts
Showing posts with label pkns media. Show all posts

Friday, 30 March 2012

PKNS bantu adik Mawar - Berita Harian, 29 March 2012

SUBANG: Penderitaan dialami Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad, 2, yang menghidap tiga
penyakit kronik berlainan iaitu lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit, menyebabkan bapanya sanggup berhenti kerja dan menjaganya sepenuh masa di rumah.
Bagi Farid Alsuwad Mohamed Maki, 34, pengorbanannya itu bagi membolehkan anak bongsu mendapat perhatian sewajarnya, manakala isterinya, Sahida Ramli meneruskan kerja di sektor kerajaan.
 Beliau berkata, mereka memiliki pengasuh menjaga anaknya itu sebelum ini, tetapi tidak kekal lama kerana keadaan Mawar Nur Farisya yang selalu pengsan membimbangkan pengasuh berkenaan.
"Dia dilahirkan normal tetapi selepas dua minggu kelahiran, kami menerima berita mengejutkan apabila doktor mengesahkan terdapat jangkitan pada otaknya.
"Kami mengesyaki sesuatu tidak kena apabila dia menangis tanpa henti untuk jangka masa lama hingga ada kalanya, dia sukar bernafas.
"Hasil pemeriksaan mengesahkan Mawar Nur Farisya menghidapi dua lagi penyakit kronik berkaitan jantung dan ketika usianya lapan bulan, kami dimaklumkan jantungnya berlubang sebesar duit lima sen dan saluran injap jantungnya sempit, menyebabkan dia sukar bernafas," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Penderitaan keluarga itu mendapat perhatian Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) yang tampil member sumbangan RM10,000 setiap satu, semalam, bagi membiayai kos pembedahan kanak-kanak itu berjumlah RM40,000.
Sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Datuk Ahmad Omar; Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Ketua Pentadbir MBI, Rohany Talib serta Yang Dipertua Pertubuhan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Puan Sri Salbiah Tunut.
Farid berkata, wang diterimanya dan hasil sumbangan derma orang ramai yang memberangsangkan, jumlah wang terkumpul sudah mencukupi untuk Mawar Nur Farisya menjalani pembedahan 2 April ini di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang.
"Saya bersyukur atas keprihatinan pihak terbabit memberi sumbangan untuk membantu meringankan kos pembedahan Mawar Nur Farisya dan berharap dia akan pulih selepas ini," katanya.

Monday, 5 March 2012

PKNS Sasar Laksana Projek RM20billion (Bernama, 25 Feb 2012)


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)menyasarkan untuk meningkatkan nilai projeknya kepada RM20 bilion daripada RM14bilion yang diumumkan sebelum ini, kata Pengurus Besarnya, Othman Omar.

Projek-projek ini akan memenuhi jadual PKNS bagi lima hingga tujuh tahun akan datang, katanya.

Antara projek-projek itu ialah projek pembangunan bercampur Datum Jelatek bernilai RM900 juta, Datum Sports City di Kelana Jaya bernilai RM1.8 bilion dan PJ Sentral City bernilai RM2.6 bilion.
"Ada yang mengatakan tugas kami bukanlah membina rumah bagi orangkaya tetapi sebaliknya bagi mereka yang tidak mampu, tetapi apa yang mereka tidak tahu ialah, kami boleh memberikan subsidi bagi rumah-rumah mampu milik dengan menjual produk mewah," Pengurus Besar PKNS Othman Omar

"Kami juga terlibat dalam pertumbuhan semula bandar.

Kami mengadakan usahasama dengan beberapa syarikat lain termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membangunkan kawasan lokasi pejabat lama kami (di belakang PJ Hilton) di atas tanah seluas 10 ekar," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

Nilai pembangunan kasar (GDV) projek itu berjumlah RM3.6 bilion.

"Kami juga akan membangunkan 26 ekar lagi di sekitar kawasan itu. Kemudian ada satu lagi pembangunan yang diberi nama Datum In-City di Petaling Jaya dengan GDV berjumlah RM3 bilion, dan sebahagian kecilnya diperuntukkan bagi kuarters kediaman kira-kira 10,000 pekerja," jelas beliau.

PKNS akan juga membina sebuah depoh bagi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai balasan bagi tanahnya berhampiran PJ Hilton, dengan GDVberjumlah RM3 bilion lagi.

Satu lagi projek ialah pembangunan bercampur di Seksyen 14, Petaling Jaya,yang merupakan semakan rancangan penswastaan kerana tanah itu adalah milik Kumpulan Hartanah Selangor Bhd.

"Jadi, setakat ini kami ada projek bernilai kira-kira RM14 bilion, yang lamakelamaan akan meningkat kepada  RM20 bilion, kerana kami ada beberapa lagi projek dalam perancangan," tegas beliau.

PKNS, melalui unitnya, Worldwide Holdings Bhd, mempunyai beberapapembangunan di Sydney dan Perth dan ada beberapa pertanyaan diterima dari India," katanya.

"Kami sedang mengkaji daya maju projek itu," kata Othman.

Di dalam negara, PKNS telah memulakan rancangan untuk menambah simpanantanah dan modal kerjanya, dan sedang dalam proses menerbitkan bon Islam bernilai RM700 juta.

"Kami telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti dan ia dijangka dilaksanakan sebelum pertengahan tahun ini," katanya.

Beliau membayangkan PKNS mungkin menerbitkan lebih banyak bon jika perlu.

Bagi masa hadapan, katanya, PKNS juga sedang dalam proses penjenamaan semula sebagai sebuah organisasi yang mencari keuntungan, di samping melaksanakan tanggungjawab sosialnya.
Othman berkata ada banyak rungutan apabila PKNS menceburi pembangunan harta mewah.

"Mereka bersungut mengatakan tugas kami bukanlah membina rumah bagi orangkaya tetapi sebaliknya bagi mereka yang tidak mampu, tetapi apa yang mereka tidak tahu ialah, kami boleh memberikan subsidi bagi rumah-rumah mampu milik dengan menjual produk mewah," tegas beliau. 

PKNS Track Record- Developing a 'Developed State'

"PKNS is here for the 5 million Selangorians! They are our stakeholders and we are answerable to them," General Manager PKNS, Othman Omar


PKNS has developed 11 townships over the last 47 years,and currently has over 10,000 acres of land bank with an estimated total value of RM4 billion. 
As of 31 December 2010, PKNS has built 150,221 residential houses, 2,234 shops and 456 factories throughout Selangor (excluding properties built under subsidiary, privatised and joint-venture projects). These properties have a total value of RM11.39 billion.


Some of PKNS' upcoming projects includes integrated townships namely Bernam Jaya (6,000 acres), Selangor Science Park 2 in Cyberjaya (1,500 acres), Kota Puteri (2,000 acres) and Antara Gapi (900 acres).
Artist impression of Selangor Science Park 2 and Kelana Jaya Sports City