“Sertai
12O Warga Kerja PKNS jalankan aktiviti gotong-royong”
Kenangan
dibesarkan di rumah anak yatim pantas menerjah minda, menyebabkan warga
Perancis itu tidak sabar-sabar untuk mencurah keringat bagi menceriakan kawasan
asrama yang menempatkan 26 kanak-kanak kurang bernasib baik itu.
Dawood memahami perasaan anak yatim |
Bagaimana
lincah Nicoise, 28, mengawal bola di padang begitu jugalah dia semasa berada di
dapur asrama itu. Jejaka dengan ketinggian enam kaki itu sedikit pun tidak
kekok untuk membasuh pinggan, mengemas dan menyapu sampah yang lazimnya sering
dilakukan golongan wanita.
“Anak
yatim mendapat tempat istimewa di hati saya. Saya tidak pernah melepaskan
peluang untuk berbakti kepada mereka kerana ia adalah cara untuk saya membalas
budi insan mulia yang membantu saya semasa kecil,” katanya.
Penyerang
import yang baru tujuh bulan menyarung jersi PKNS FC seterusnya berkata, anak
yatim di Malaysia sangat bertuah kerana banyak syarikat berlumba-lumba untuk
menghulurkan bantuan dalam melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat
(CSR) mereka.
Bantuan
yang diberikan pada bulan Ramadhan lebih bermakna ia dapat menceriakan
kanak-kanak untuk menyambut Syawal. Lazimnya mereka yang lebih teruja untuk
meraikannya selepas sebulan menahan lapar dan dahaga ,” katanya.
Fadhil bangga dapat turut sama menyumbangkan keringat kepada yang kurang bernasib baik |
Kapten
pasukan PKNC FC, Fadhil Hashim, 29, yang tekun melakukan kerja-kerja mengemas
lanskap di pusat jagaan itu berkata, dia berbesar hati untuk menjadi sebahagian
daripada peserta program tersebut.
“Silaturahim
sesama pemain juga dapat dieratkan menerusi aktiviti gotong-royong dan dalam
masa yang sama, pihak ketiga seperti kanak-kanak di pusat jagaan ini mendapat
manfaat,” katanya.
Fauzan harap lebih banyak program sebegini dianjurkan |
Pemain
tengah PKNS FC, Fauzan Dzulkifli, 25, berkata program seperti ini sepatutnya
lebih kerap diadakan kerana berbuat baik adalah perkara mulia yang dituntut
agama selain dapat menimbulkan keinsafan apabila melihat sendiri kehidupan yang
dilalui oleh anak-anak kecil ini.
Sementara
itu, Pengurus Pusat Jagaan, Hasnah Husin melahirkan rasa bersyukur dan
berterima kasih kepada rombongan besar PKNS yang membantu menceriakan kawasan
persekitaran yang agak sukar untuk dilakukan tanpa bantuan kerana faktor
kewangan dan tenaga fizikal.
“Raya
tahun ini lebih bermakna dan akan membawa kenangan manis kerana kami dapat
meraikannya dalam suasana yang lebih ceria dan persekitaran yang lebih bersih,”
katanya yang bertanggungjawab ke atas 12 kanak-kanak lelaki dan 14 penghuni
perempuan berusia antara 10 hingga 16 tahun.
Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek (kanan) bergambar kenangan bersama warga kerja PKNS selepas selesai mengasingkan baju terpakai yang boleh didermakan |
Aktiviti
gotong-royong ini merupakan salah satu daripada program Kasih PKNS yang
merupakan inisiatif CSR perbadanan itu. Ia turut disertai oleh 120 warga kerja
PKNS.
Antara
kerja-kerja baik pulih yang dijalankan termasuk membina bumbung di antara dua
blok pejabat dan surau yang membabitkan nilai keseluruhan RM60,000.
Selain
itu, blok asrama lelaki pusat jagaan itu juga dicat semula dan kemudahan dalam
bilik mandi kanak-kanak itu juga telah diperbaiki.
Program Kasih PKNS berjaya menceriakan persekitaran Rumah Rukaiyah |
Di
bawah program Kasih PKNS pelbagai bantuan telah dihulurkan kepada masyarakat,
termasuklah memberi sumbangan dua buah van jenazah kepada Badan Islam PKNS dan
Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24,Shah Alam baru-baru ini.
Perbadanan
juga telah menghulurkan bantuan pembaikan kediaman 22 golongan miskin dan fakir
di enam kawasan di Sabak Bernam bernilai RM396,000 dan bantuan RM10,000 kepada
adik Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad, 2, yang menghidap penyakit lumpuh otak,
jantung berlubang dan injap sempit.
Terima Kasih Daun Keladi.... Barisan warga kerja PKNS yang bertungkus-lumus membersih dan menceriakan Rumah Rukaiyah |
No comments:
Post a Comment